Wednesday, March 30, 2011

Losyen Ibu Halimah

Losyen Ibu Halimah
 Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 33.00


Persediaan selepas Bersalin
Losyen Ibu Halimah adalah persediaan selepas bersalin yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan yang di dalam pantang dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang diingini, disamping mengurangkan selulit. Juga berkesan untuk menghangatkan badan menghaluskan dan melembabkan kulit. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa kesejukan, kebas pada badan dan menghilangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Sapu ke seluruh badan untuk urutan atau sapu ditempat yang bermasalah dengan urutan ringan. Untuk kegunaan luaran sahaja. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja

Tuesday, March 29, 2011

Pilis

Pilis 200 gram
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 29.00


Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya di alami ibu yang lepas bersalin.

Bedak Sejuk

Bedak Sejuk 200 gram
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 29.00


Bedak sejuk digunakan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit segar dan berseri .

Teh Al Habsyee

Teh Herba Al Habsyee
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 24.00 ( 30 uncang )
Harga Tawaran Kami
RM 19.00 Sahaja

Teh Herba Al Habsyee berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, membantu menurunkan kandungan gula berlebihan di dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit diabetes, sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan.

Kopi Al Habsyee

Kopi Al Habsyee
Harga Pasaran Sabah/Sarawak- RM 30.00 ( 15 Paket )
Harga Tawaran Kami
RM25.00 Sahaja

Kopi Al-Habsyee adalah produk kopi berherba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi.Ramuan minuman yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.

Kopi Pra-Campuran 6 dalam 1 Al-habsyee ini direka khas dan mengandungi herba seperti Misai Kucing,Tongkat Ali dan Ubi Jaga.

Antara Khasiat Kopi Al-Habsyee
  • Menurunkan kadar tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan risiko diabetis, radang ginjal, masalah pundi kencing, batu karang, dan kencing tidak lawas.
  • Mengurangkan masalah keputihan dan senggugut, radang sendi atau arthritis, lenguh dan sengal pada badan, sakit di bahagian belakang dan pinggang juga sakit gout.
  • Membantu menguraikan asid uric serta membersihkan air dan darah dalam tubuh dari toksik.
  • Melegakan demam panas dan sakit kelamin.
  • Menjadikan tulang lebih kuat.
  • Meningkatkan kepadatan otot.
  • Mengurangkan kadar lemak dalam tubuh melalui pembakaran energi yang tinggi.
  • Mengurangkan stress serta meningkatkan fungsi daya otak termasuk daya ingatan.
  • Merawat kencing manis dan darah tinggi

Kopi Mak Dara

Kopi Mak Dara
Harga Pasaran Sabah/Sarawak -RM 24.00 (20 g x 20 paket)
Kopi pra-campuran 4 dalam 1 ini, mengandungi herba seperti kayu serapat dan direka untuk kesihatan dalaman wanita.

Set Bersalin Ibu Halimah

Set Bersalin Ibu Halimah

Harga Pasaran Sabah/Sarawak- RM 380.00
Harga Tawaran Kami
RM 350.00 Sahaja
-Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang. Set bersalin Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang. Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun menurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.
Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi :-
Jamu Mak Dara Gold Kapsul - 4 Botol - 60 Biji Kapsul (perbotol)
Losyen Param Ibu Halimah -1 botol 120 ml
Pilis 1 bekas 200 gram
Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
Bengkung 1 helai
Tungku Kukus Herba1 unit

Kandungan Set Bersalin Jamu Mak Dara :
Jamu Mak Dara Gold Kapsul
-Cara penggunaan ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timun, buah kundur dan lain lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan tubuh.

Losyen Ibu Halimah
-Cara penggunaan digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi. Khasiat Losyen Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Pilis
-Cara penggunaan Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi. Khasiat Pilis digunakan untuk melegakan sakit-sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yang biasa di alami ibu-ibu baru lepas bersalin.
Bedak Sejuk
-Cara penggunaan ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan-kesan hitam. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila di perlu. Seelok elok nya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit. Khasiat Bedak Sejuk liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Rempah Mandi
-Cara penggunaan Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang. Khasiat Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan kesan hitam akibat kulit pecah.

Bengkung
-Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat dari kain kacau yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten. Cara penggunaan letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lulut. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas. Lilitkab tali mengikut lubang-lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas. Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu losyen ibu halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. Khasiat kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu, ia juga dapat mengembalikanbentuk tubuh badan kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.
Tungku Herba Kukus
-Tungku herba ini diperbuatdari herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh. Cara penggunaan basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapikan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan selepas di gunakan sebelum di simpan. Khasiat di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

*Tips Ibu Halimah
-Apabila mengambil jamu , jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan.
-Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
-Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakkan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih.
-Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
-Dalam tempoh 44 hari berpantang, jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
-Sekiranya mendapati diri hamil , elakkan mengambil jamu atau sebarang ubat ubatan lain.
-Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam ulaman.
-Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan.
- Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.