Wednesday, March 30, 2011

Losyen Ibu Halimah

Losyen Ibu Halimah
 Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 33.00


Persediaan selepas Bersalin
Losyen Ibu Halimah adalah persediaan selepas bersalin yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan yang di dalam pantang dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang diingini, disamping mengurangkan selulit. Juga berkesan untuk menghangatkan badan menghaluskan dan melembabkan kulit. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa kesejukan, kebas pada badan dan menghilangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Sapu ke seluruh badan untuk urutan atau sapu ditempat yang bermasalah dengan urutan ringan. Untuk kegunaan luaran sahaja. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja

Tuesday, March 29, 2011

Pilis

Pilis 200 gram
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 29.00


Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya di alami ibu yang lepas bersalin.

Bedak Sejuk

Bedak Sejuk 200 gram
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 29.00


Bedak sejuk digunakan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit segar dan berseri .

Teh Al Habsyee

Teh Herba Al Habsyee
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 24.00 ( 30 uncang )
Harga Tawaran Kami
RM 19.00 Sahaja

Teh Herba Al Habsyee berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, membantu menurunkan kandungan gula berlebihan di dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit diabetes, sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan.

Kopi Al Habsyee

Kopi Al Habsyee
Harga Pasaran Sabah/Sarawak- RM 30.00 ( 15 Paket )
Harga Tawaran Kami
RM25.00 Sahaja

Kopi Al-Habsyee adalah produk kopi berherba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi.Ramuan minuman yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.

Kopi Pra-Campuran 6 dalam 1 Al-habsyee ini direka khas dan mengandungi herba seperti Misai Kucing,Tongkat Ali dan Ubi Jaga.

Antara Khasiat Kopi Al-Habsyee
  • Menurunkan kadar tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan risiko diabetis, radang ginjal, masalah pundi kencing, batu karang, dan kencing tidak lawas.
  • Mengurangkan masalah keputihan dan senggugut, radang sendi atau arthritis, lenguh dan sengal pada badan, sakit di bahagian belakang dan pinggang juga sakit gout.
  • Membantu menguraikan asid uric serta membersihkan air dan darah dalam tubuh dari toksik.
  • Melegakan demam panas dan sakit kelamin.
  • Menjadikan tulang lebih kuat.
  • Meningkatkan kepadatan otot.
  • Mengurangkan kadar lemak dalam tubuh melalui pembakaran energi yang tinggi.
  • Mengurangkan stress serta meningkatkan fungsi daya otak termasuk daya ingatan.
  • Merawat kencing manis dan darah tinggi

Kopi Mak Dara

Kopi Mak Dara
Harga Pasaran Sabah/Sarawak -RM 24.00 (20 g x 20 paket)
Kopi pra-campuran 4 dalam 1 ini, mengandungi herba seperti kayu serapat dan direka untuk kesihatan dalaman wanita.

Set Bersalin Ibu Halimah

Set Bersalin Ibu Halimah

Harga Pasaran Sabah/Sarawak- RM 380.00
Harga Tawaran Kami
RM 350.00 Sahaja
-Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang. Set bersalin Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang. Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun menurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.
Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi :-
Jamu Mak Dara Gold Kapsul - 4 Botol - 60 Biji Kapsul (perbotol)
Losyen Param Ibu Halimah -1 botol 120 ml
Pilis 1 bekas 200 gram
Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
Bengkung 1 helai
Tungku Kukus Herba1 unit

Kandungan Set Bersalin Jamu Mak Dara :
Jamu Mak Dara Gold Kapsul
-Cara penggunaan ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timun, buah kundur dan lain lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan tubuh.

Losyen Ibu Halimah
-Cara penggunaan digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi. Khasiat Losyen Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Pilis
-Cara penggunaan Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi. Khasiat Pilis digunakan untuk melegakan sakit-sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yang biasa di alami ibu-ibu baru lepas bersalin.
Bedak Sejuk
-Cara penggunaan ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan-kesan hitam. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila di perlu. Seelok elok nya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit. Khasiat Bedak Sejuk liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Rempah Mandi
-Cara penggunaan Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang. Khasiat Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan kesan hitam akibat kulit pecah.

Bengkung
-Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat dari kain kacau yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten. Cara penggunaan letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lulut. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas. Lilitkab tali mengikut lubang-lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas. Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu losyen ibu halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. Khasiat kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu, ia juga dapat mengembalikanbentuk tubuh badan kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.
Tungku Herba Kukus
-Tungku herba ini diperbuatdari herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh. Cara penggunaan basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapikan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan selepas di gunakan sebelum di simpan. Khasiat di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

*Tips Ibu Halimah
-Apabila mengambil jamu , jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan.
-Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
-Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakkan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih.
-Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
-Dalam tempoh 44 hari berpantang, jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
-Sekiranya mendapati diri hamil , elakkan mengambil jamu atau sebarang ubat ubatan lain.
-Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam ulaman.
-Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan.
- Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.

Jamu Vigor

Jamu Vigor
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM 60.00 (60 kapsul)

Di antara kebaikan Jamu Vigor For Men :
  • Menambahkan tenaga seksual
  • Meningkatkan Stamina
  •  Mengurangkan Ketagihan Rokok
  •  Membentuk dan menguatkan otot-ototTubuh

Jamu Almira

Jamu Almira
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM60.00 (60 kapsul)
Harga Tawaran Kami
RM50.00 sahaja

Almira dapat :
Mengatasi masalah keputihan Memberi tenaga Membuang toksik dalam badan Memperbaiki sistem kitaran haid Membakar lemak berlebihan Membuang angin Mengurangkan masalah bau badan Mengatasi masalah kemaluan berbau Mengurangkan senggugut Rahsia untuk kekal Awet Muda

Jamu Mak Dara Gold

Jamu Mak Dara Gold
Harga Pasaran Sabah/Sarawak - RM64.00 (60 kapsul)


Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-
1. Menyuburkan rahim.
2. Mengatasi masalah keputihan.
3. Merapatkan faraj.
4. Menambah nafsu syahwat.
5. Memberi Tenaga.
6. Membuang toksik dalam badan.
7. Memperbaiki sistem kitaran haid.
8. Membakar lemak berlebihan.
9. Membuang angin dalam badan. 
10. Mengurangkan masalah bau badan.
11. Mengatasi masalah kemaluan berbau.
12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang.
13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin.

SOALAN YANG SERING DI TANYA ..
1. Bolehkah Jamu Mak Dara diamalkan semasa datang haid?
JAWAPAN : Tidak perlu diamalkan jika perjalanan period sudah lancar. Boleh di amalkan jika perjalanan period keluar tidak lancar. Contohnya keluar sedikit-dikit tapi mengambil jangka masa yang lama. Kurangkan dos atau makan cuma selang sehari sahaja.
2. Bilakah waktu yang sesuai untuk makan Jamu Mak Dara selepas melahirkan?
JAWAPAN : Bagi orang yang baru melahirkan anak, eloklah di amalkan pengambilan jamu mak dara pada hari ketujuh (7) dalam pantang. Amalan ni dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim..
*Jika bersalin secara pembedahan - 3 minggu selepas melahirkan
3. Bolehkah mengamalkan Jamu Mak Dara dan di waktu yang sama makan supplement yang lain ?
JAWAPAN : Boleh , Cuma jarakkan waktunya.
4. Kenapa kepala saya pening-pening di waktu peringkat awal megamalkan Jamu Mak Dara ?
JAWAPAN : Pening kepala terjadi di sebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkan kembali metabolisme badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus.
5.Kenapa ari-ari saya sakit ketika mengamalkan Jamu Mak Dara ?
JAWAPAN : Ini adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Sakit ari-ari tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulihkan rahim tersebut.
6. Bolehkah saya mengamalkan Jamu Mak Dara jika berhasrat untuk mengandung?
JAWAPAN : Amat digalakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim. Ramai testimoni telah berjaya mengandung setelah mengamalkan Jamu Mak Dara. Jika anda sedang merancang.. sila amalkan satu kotak di peringkat awal. Jika belum berhasil sebaiknya amalkan sehingga 3 kotak. Sekiranya anda merasakan ada kelainan seperti lambat datang haid... Harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing untuk memastikan samada anda mengandung atau tidak!!
7. Selalu orang kaitkan jamu ini panas dan mengganggu proses untuk mendapatkan zuriat. Benarkah begitu ??
JAWAPAN : Mengamalkan Jamu Mak Dara tidak mengganggu proses untuk mendapatkan zuriat.. Malah dia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri. Meningkatkan tahap keghairahan.
8. Saya rasa amat mengantuk/ penat di peringkat awal makan Jamu Mak Dara ??
JAWAPAN : Itu adalah proses pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Bukan semua orang merasakan simptom tersebut. Itu adalah petanda baik. Isyaallah anda akan segar sentiasa selepas itu.
9. Kenapa keputihan saya keluar dengan banyak nya ?
JAWAPAN : Itu adalah perkara biasa. Teruskan makan jamu .. Lazimnya selepas itu keputihan akan berkurangan dan ada yang hilang terus dari masalah keputihan.
10. Bolehkah amalkan Jamu Mak Dara jika saya masih menyusukan bayi ?
JAWAPAN : Tidak menjadi masalah. Tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda. Malahan mengamalkan jamu akan membantu menambahkan air susu ibu.
11. Kenapa darah haid saya keluar dengan banyak?
JAWAPAN : Itu adalah kesan positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatutnya agar tidak tertinggal didalam rahim. Ini akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.
12. Bolehkah saya makan Jamu Mak Dara sedangkan saya masih belum berkahwin ?
JAWAPAN : Tidak di galakkan. Sebaiknya makan lah Jamu Al Mira .. Sudah memadai .
13. Kenapa saya tidak turun berat badan ?
JAWAPAN : Jamu Mak Dara BUKAN produk untuk melangsingkan badan. Ia adalah produk herba yang khusus untuk kesihatan dalam wanita. Cuma kelebihan nya banyak membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan. Ramai testimoni turun berat badan jika mengamalkan dengan konsisten. Kurangkan makan berlemak dan berminyak.
PERINGATAN - Testimoni adalah berbeza-beza.. ikut keserasian berlemak dan berminyak.
14. Benarkah jamu ini membantu merapatkan lagi hubungan suami isteri ?
JAWAPAN : Di akui ramai yang telah mengamalkannya. Lazimnya selepas makan jamu mak dara selama 7 hari, suami akan merasakan perubahan pada alat kelamin isteri . Isyaallah ..